Thursday, 31 January 2013

"Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~




Salam petang buat blogger2 semua.. petang ni saya rasa terpanggil nak join segmen tambah follower lea pulak.. baru bertatih sgt pun blog saya ni.. so follower pun x ramai.. so, rasa nk tambahkan lg follower.. nk kenal lebih ramai blogger2 yg ada d luar sana.. hope lepas ni kita dpt berkenalan n share macam2 tentang cara untuk perbaiki blog masing2.. kritikan yg membina x salah kan..? ok lah.. x mau citer panjang2.. jom kita join ramai2 segmen ni.. jomm!

Tempoh Segmen:


*12.01 pagi 23 Januari 2013 hingga 12.00 malam 9 Februari 2013



Hadiahnya ialah :
Pertama :
*Buku Nota (Handmade by Felt Craft Lestari berharga RM20) + Topup RM10
Kedua :
*Topup RM10

*Pemenang akan di adili berdasarkan jumlah penambahan follower terbanyak dari tarikh join segmen ini hingga tarikh segmen ditutup.

* Keputusan akan diumumkan 2 hari selepas tarikh tutup.

* kalau berminat nak join leh klik banner kuning yang kat atas ni yea..

* p
astu kan.. jangan lupa tempekkan jumlah follower korang kat bawah ni.n bagitahu berapa jumlah follower terkini korang masa korg buat entri ni.. 


Jumlah Follower saya ketika ini : 11 orang

Wednesday, 30 January 2013

♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥

Jom follow...
 
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing- 
     masing
2.  Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan 
     pelukan  dan ciuman di bibir.
3.  Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya   
     sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4.  Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, 
     menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5.  Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan
     anak2 jika pada hari berkerja.
6.  Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda 
     mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7.  Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa 
     sebelum  tidur.
8.  Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam 
     sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9.  Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar 
      misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat 
      kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman 
      selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk 
      menghabiskan  makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai 
      pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa 
      sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak & suami 
      yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta utk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang & berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia 
       kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah 
      ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tumpang lalu...pomote untuk member...

Skybox Full Chanel Astro...

Saya dah pasang...memang puas hati...anda bila lagi...dengan skybox ni boleh tengok Astro full channel. Gambar cantik dan saya amat puas hati. Kalau biasa bayar Astro RM 140++ untuk full channel, dengan skybox cuma Rm150 setahun atau RM 12.50 sebulan. siap ada astro first tuh....perghh...murah giler...sesuai untuk saya yang memang kedekut ni....wakakaka....memang berbaloi-baloi...Skybox ni ada dua jenis, F3 dan F5: memang ada perbezaan. Macam saya pakai F5 sebab saya rasa F3 tu besar gedabak sangat...F5 ni lebih comel...nampak mahal...hehehe




Perbezaan Skybox F3 & Skybox F5

          1. F3 design lebih BESAR,Skybox F5 design KECIL & SIMPLE
2. Casing Skybox F3 dari BESI (cepat Panas) ,Skybox F5 dari PLASTIK(Lambat Panas).

3. Skybox F3 mempunyai suis on/off dibelakang dekoder manakala  Skybox F5 tiada.

4. Skybox f3 TIDAK bleh auto connect klau guna wifi adapter  & SKYBOX F5 bleh 
 
    AUTOMATIK connect dengan WIfi klau guna usb wifi..

Kalau berminat leh contact brother ni...Rie-019-2954634...servis memang tip top...penghantaran keseluruh Malaysia katenyer...


Mengidam mesin basuh

Tengah berkira-kira nak beli mesin basuh untuk rumah baru. Tapi tak pasti jenis apa yang ok samada mesin basuh muatan depan atau muatan atas...hmmm...kalau saya memang minat mesin basuh muatan depan...macam best jerr..jom kita berkenalan dengan kedua2 jenis mesin basuh ni......huhu...



Muatan atas


Mesin basuh muatan atas menempatkan pakaian yang dimuatkan melalui penutup di sebelah atas ke dalam tab yang disusun menegak serta mempunyai pemutar (pulsator) pada bahagian dasarnya. Mesin sebegini popular di Asia, Australia, Amerika Syarikat, Amerika Latin, New Zealand, Kanada dan Malaysia. Semasa kitar cucian, tab yang berisi pakaian diisi dengan air yang banyak untuk menyokong pakaian dan pergerakan pemutar menarik pakaian ke bahagian dasar tengah ke arah pemutar. Kemudian pakaian bergerak ke arah sisi tab dan proses berulang bagi arah putaran yang berlawanan sehinggalah masa cucian tamat. Selepas proses cucian tamat, sebahagian air dibuang dan pemutar memutar pakaian dalam sela masa yang sangat singkat bagi menyerakkan pakaian untuk menyeimbangkan muatan pakaian sebelum proses putaran kering perantara. Proses seterusnya diulang bagi bilasan pertama dan terakhir, dan selepas kitar bilasan terakhir tamat, kitar putaran kering terakhir berlangsung selama lebih kurang 6 minit bagi mengeringkan pakaian sepenuhnya.

Kelebihan mesin basuh muatan atas ialah:-
  1. Harganya lebih murah daripada mesin muatan hadapan.
  2. Kurang penyelenggaraan berbanding mesin muatan hadapan, terutamanya penggantian sesendal pintu sebagaimana mesin muatan hadapan. Ia adalah kerana mesin muatan atas hanya bergantung pada graviti untuk mengekalkan air pada mesin, tidak seperti mesin muatan hadapan yang memerlukan satu pintu kedap air bagi mengelak kebocoran.
  3. Sabun, pelembut pakaian serta cecair peluntur boleh ditambah secara terus ke dalam tab, tidak seperti mesin muatan hadapan di mana bahan-bahan cucian tersebut mestilah dimasukkan ke dalam bekas khas dan seterusnya ditambahkan ke tab cucian melalui injap kawalan soleniod.
  4. Sesuai digunakan oleh orang bertubuh tinggi lampai kerana tidak perlu tunduk untuk memuatkan pakaian ke dalam mesin sebagaimana mesin muatan hadapan.
Kelemahannya pula ialah:-
  1. Banyak menggunakan air berbanding mesin muatan hadapan.
  2. Tidak sesuai untuk mencuci bantal kerana ia cenderung untuk terapung di permukaan atas tab cucian.
  3. Tindakan agresif pemutar boleh merosakkan fabrik jenis lembut seperti sutera
Muatan hadapan 


 
Mesin basuh muatan hadapan memerlukan pengguna untuk memasukkan pakaian ke dalam tab melalui pintu hadapan yang kedap air. Kesan sentalan dihasilkan melalui pergerakan tab serta tindakan graviti, sebagaimana kaedah cucian zaman dahulu dengan menghempas pakaian ke atas batu. Pergerakan tab mengangkat pakaian ke bahagian atas tab sebelum pakaian jatuh semula ke dasar tab.

Kelebihan mesin basuh muatan hadapan ialah:-
  1. Kurang memerlukan air dan sabun berbanding mesin muatan atas.
  2. Lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding mesin muatan atas.
  3. Mesra orang kerdil kerana kedudukan pintu mesin yang amat mudah dicapai.
  4. Lebih senyap serta kurang kecenderungan untuk bergegar akibat ketidakseimbangan beban pakaian.
Kelemahannya pula ialah:-
  1. Mesin muatan hadapan lebih mahal daripada muatan atas.
  2. Kebocoran air melalui pintu hadapan cenderung berlaku akibat sesendal pintu yang tidak tahan lama.
  3. Pakaian yang lebih kecil seperti stokin boleh tercicir melalui ruang di celah pintu. Proses pengeluarannya memerlukan pengguna menanggalkan pemasangan mesin.
  4. Jika tidak dimasukkan dengan sempurna, pakaian boleh tersangkut pada pintu apabila pintu terkunci, menyebabkan pakaian rosak dan boleh koyak.
Kedua-duanya ada kelebihan sendiri...poning...poning...nak pilih yang mana satu nih...nak amik muatan depan macam tak sesuai plak sebab ada baby kecik...senang plak diaorang nak bukak sebab pintu kat depan. tak pasal2 jadi xcident plak. Macam kes yg berlaku kat luar negara ni,. Tak pasal-pasal tangan budak ni putus...eee...ngeri...mintak-mintak la dijauhkan...

 

  Nampak gayenyer kene le survey2 dulu sebelum beli...nanti menyesal pulak...tak ke rugi....adoi....pening..pening....

Sunday, 27 January 2013

Oh...Damya Hanna...My new Love...


hmm.. Macam tak terasa je anak mama sorang ni dah masuk 6 bulan lebih..dah makin bam bam..Alhamdulillah, Mya masih lagi fully breastfeed..memang rezeki Mya la.Tak macam abang dah kakaknyer yg cuma sempat menyusu badan 6 bulan je then campur dengan susu formula...memang rasa sangat down masa tu. Impian kononnya nak susukan anak sampai dua tahun. tapi apakan daya, disebabkan kurangnya ilmu tentang penyusuan,  saya ambil jalan mudah dengan memperkenalkan anak dengan susu formula...
Tapi untuk anak ketiga saya tak mahu gagal lagi, so saya mula tambahkan ilmu saya tentang penyusuan susu ibu. Memang sangat mencabar terutama untuk ibu yang bekerja sebab kita kena curi masa untuk pam susu. Memang kena disiplinkan diri because if we skip pumping, then slowly our milk production akan drop. Susu badan ni bergantung pada supply and demand. Kalau kita malas nak pump then insyarat akan dihantar ke otak dan macam saya katakan tadi our milk production will slowly drop.Dan akhirnya susu pun kering.
Macam saya sendiri saya dah ada jadual mengepam saya semasa bekerja.Biasa saya pilih waktu rehat. So takde le rushing sangat.Dan off course, saya juga ambil supplement untuk memekat dan memperbanyakkan susu badan. Dan yang penting ia menjadikan susu badan saya lebih berkualiti. Ini ikhtiar saya, yang menentukan tetap Allah jua. Alhamdulillah...Allah murahkan rezeki Mya untuk terus merasa susu badan daripada Mama die...:)
Set wajib:ESP dan Alfalfa
ESP dan Alfalfa keluaran Shaklee ni memang set wajib saya hehe...Saya paling suka ESP sebab ia boleh pekatkan susu badan. So baby cepat kenyang bila menyusu. At the same time dapat le gak saya mengepam untuk buat stock sambil2 menyusu si Mya ni...huhu. Sotck saya takde le banyak. Cukup la untuk sebulan. Sekarang Mya dah start makan...so nuyusu pun dah kurang sket,,,leh le bernafas sket,,,haha...
Stock Susu Untuk Mya
Ni la stock susu untuk Mya...Dah makin reda...haha...sebab Mamanye ada gak terskip pumping baru-baru ni. Biasa la wal-awal tahun ni busy dengan keje. Azam nak penuhkan balik deep freezer ni...huhu...InsyaAllah...

Antara Amalan yang boleh membantu menambahkan susu badan:
1) Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil  
    menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
2) Amalkan zikir Ya Matin 70x setiap malam dan subuh, hembus pada air dan minum...

Yang paling penting teruskan berdoa...Doa itukan senjata orang mukmim... InsyaAllah...



Senyum, tak perlu kata apa-apa...







1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

"Saya memang suka senyum...sebab senyum buatkan kita nampak lebih muda...ececceh.."

Credit to : http://aidanatasya.com/

Saturday, 26 January 2013

Sayangilah Mak Kita....

Setiap wanita pasti merasa kesakitan semasa melahirkan
10 Fakta tentang kehamilan dan semasa melahirkan

Sungguh besar pengorbanan seorang ibu...so kita mesti hargai ibu kita...untuk bakal2 ibu...jangan serik untuk bersalin lagi...Allah menjanjikan pahala untuk wanita yang melahirkan anak. SubhanAllah...

Dah 7 tahun lebih rupanya...

Top Glove Factory 4
Pejam celik pejam celik rhupenyer dah 7 tahun lebih aku koje kat Top Glove ni.....macam tak caye je...haha. Mula2 after dua bulan keje kat sini dah sibuk cari keje lain. Alasan sebab tak tahan panas and suasana persekitaran kilang yang sangat bising...serabut kepala aku...Lama gak la nak sesuaikan diri masa mula2 keje kat sini...bos pulak garang2...hahaha...

Tapi lama2 dah ok. Seronok keje kat sini. Macam-macam pengalaman yang aku belajar. My colleagues pun baik2 belaka...tersangatlah friendly....huhu
Keje kat kilang ni memang agak mencabar...untuk organisasi/syarikat yang berasaskan keuntungan ni memang asyik tengok cost pastu profit. So kitaorang memang diajar untuk bekerja dengan saaaaangat efisyen. every minute, every second must concentrate to our work...cewah...speaking plak...
Harapan aku moga aku diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus kekal bekerje kat sini...InsyaAllah...Amin..

Friday, 25 January 2013

Cepatnya Masa Berlalu..


Hai.. baru tersedar yang blog saya ni dah lama sangat terbiar.. dh bersawang dh pun.. he2.. hari ni pulak tetiba je nak meng hupdate blog.. yelah, kalau tak rajin buat entri macam mana nak tambah follower kan.. hope pasni dapat tambah follower lea hendaknya..

sedar tak sedar, baby saya yg bongsu ni dah semakin besar.. dah 6 bulan rupanya dia yea.. bln 2 ni masuk 7 bulan.. badan pun dh makin antap.. fuh.. kuasa Allah kan.. dengan susu badan pun dia leh membesar.. Damya.. yea.. damya nama si kecik ni.. semoga Damya membesar dgn sihat.. n jadi anak yang solehah yea syg..

hemm.. bila tengok kawan2 lain aktif ber blog.. saya teringin plak nak aktif.. tapi buat masa ni sedikit sibuk dengan kerja.. nak hantar report ini report itu.. so.. biarlah dulu kot.. hajat dihati memang nak join.. memeriahkan lagi apasalahnya kan.. =)