♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥

Jom follow...
 
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing- 
     masing
2.  Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan 
     pelukan  dan ciuman di bibir.
3.  Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya   
     sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4.  Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, 
     menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5.  Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan
     anak2 jika pada hari berkerja.
6.  Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda 
     mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7.  Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa 
     sebelum  tidur.
8.  Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam 
     sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9.  Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar 
      misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat 
      kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman 
      selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk 
      menghabiskan  makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai 
      pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa 
      sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak & suami 
      yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta utk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang & berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia 
       kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah 
      ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

2 Comments

hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)

Post a Comment

hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)

Post a Comment

Previous Post Next Post