Wednesday, 30 January 2013

Mengidam mesin basuh

Tengah berkira-kira nak beli mesin basuh untuk rumah baru. Tapi tak pasti jenis apa yang ok samada mesin basuh muatan depan atau muatan atas...hmmm...kalau saya memang minat mesin basuh muatan depan...macam best jerr..jom kita berkenalan dengan kedua2 jenis mesin basuh ni......huhu...



Muatan atas


Mesin basuh muatan atas menempatkan pakaian yang dimuatkan melalui penutup di sebelah atas ke dalam tab yang disusun menegak serta mempunyai pemutar (pulsator) pada bahagian dasarnya. Mesin sebegini popular di Asia, Australia, Amerika Syarikat, Amerika Latin, New Zealand, Kanada dan Malaysia. Semasa kitar cucian, tab yang berisi pakaian diisi dengan air yang banyak untuk menyokong pakaian dan pergerakan pemutar menarik pakaian ke bahagian dasar tengah ke arah pemutar. Kemudian pakaian bergerak ke arah sisi tab dan proses berulang bagi arah putaran yang berlawanan sehinggalah masa cucian tamat. Selepas proses cucian tamat, sebahagian air dibuang dan pemutar memutar pakaian dalam sela masa yang sangat singkat bagi menyerakkan pakaian untuk menyeimbangkan muatan pakaian sebelum proses putaran kering perantara. Proses seterusnya diulang bagi bilasan pertama dan terakhir, dan selepas kitar bilasan terakhir tamat, kitar putaran kering terakhir berlangsung selama lebih kurang 6 minit bagi mengeringkan pakaian sepenuhnya.

Kelebihan mesin basuh muatan atas ialah:-
  1. Harganya lebih murah daripada mesin muatan hadapan.
  2. Kurang penyelenggaraan berbanding mesin muatan hadapan, terutamanya penggantian sesendal pintu sebagaimana mesin muatan hadapan. Ia adalah kerana mesin muatan atas hanya bergantung pada graviti untuk mengekalkan air pada mesin, tidak seperti mesin muatan hadapan yang memerlukan satu pintu kedap air bagi mengelak kebocoran.
  3. Sabun, pelembut pakaian serta cecair peluntur boleh ditambah secara terus ke dalam tab, tidak seperti mesin muatan hadapan di mana bahan-bahan cucian tersebut mestilah dimasukkan ke dalam bekas khas dan seterusnya ditambahkan ke tab cucian melalui injap kawalan soleniod.
  4. Sesuai digunakan oleh orang bertubuh tinggi lampai kerana tidak perlu tunduk untuk memuatkan pakaian ke dalam mesin sebagaimana mesin muatan hadapan.
Kelemahannya pula ialah:-
  1. Banyak menggunakan air berbanding mesin muatan hadapan.
  2. Tidak sesuai untuk mencuci bantal kerana ia cenderung untuk terapung di permukaan atas tab cucian.
  3. Tindakan agresif pemutar boleh merosakkan fabrik jenis lembut seperti sutera
Muatan hadapan 


 
Mesin basuh muatan hadapan memerlukan pengguna untuk memasukkan pakaian ke dalam tab melalui pintu hadapan yang kedap air. Kesan sentalan dihasilkan melalui pergerakan tab serta tindakan graviti, sebagaimana kaedah cucian zaman dahulu dengan menghempas pakaian ke atas batu. Pergerakan tab mengangkat pakaian ke bahagian atas tab sebelum pakaian jatuh semula ke dasar tab.

Kelebihan mesin basuh muatan hadapan ialah:-
  1. Kurang memerlukan air dan sabun berbanding mesin muatan atas.
  2. Lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding mesin muatan atas.
  3. Mesra orang kerdil kerana kedudukan pintu mesin yang amat mudah dicapai.
  4. Lebih senyap serta kurang kecenderungan untuk bergegar akibat ketidakseimbangan beban pakaian.
Kelemahannya pula ialah:-
  1. Mesin muatan hadapan lebih mahal daripada muatan atas.
  2. Kebocoran air melalui pintu hadapan cenderung berlaku akibat sesendal pintu yang tidak tahan lama.
  3. Pakaian yang lebih kecil seperti stokin boleh tercicir melalui ruang di celah pintu. Proses pengeluarannya memerlukan pengguna menanggalkan pemasangan mesin.
  4. Jika tidak dimasukkan dengan sempurna, pakaian boleh tersangkut pada pintu apabila pintu terkunci, menyebabkan pakaian rosak dan boleh koyak.
Kedua-duanya ada kelebihan sendiri...poning...poning...nak pilih yang mana satu nih...nak amik muatan depan macam tak sesuai plak sebab ada baby kecik...senang plak diaorang nak bukak sebab pintu kat depan. tak pasal2 jadi xcident plak. Macam kes yg berlaku kat luar negara ni,. Tak pasal-pasal tangan budak ni putus...eee...ngeri...mintak-mintak la dijauhkan...

 

  Nampak gayenyer kene le survey2 dulu sebelum beli...nanti menyesal pulak...tak ke rugi....adoi....pening..pening....

5 comments:

  1. Saya cdgkan beli yang muatan atas walaupun muatan depan nampak lebih moden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...rasa2 pun mcm tu. hmmm...terpaksa la kuburkan minat pada mesin basuh front loading...huhu

      Delete
  2. Akhirnya...jeng jeng jeng...dah beli atu mesin basuh muatan atas...huhu

    ReplyDelete

hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)