Monday, 11 February 2013

Tips kesihatan yang boleh kita amalkan...



1) Jawab telefon guna telinga kiri KIRI.
  • Sebabnya mengikut kajian, telinga kiri adalah lebih dekat dengan otak...so lebih cepat pick up apa yang orang cakap..
2) Jangan minum kopi DUA KALI SEHARI.
  • Kalau ikutkan memang tak elok minum kopi bebanyak...banyak kaffeine...kalau wanita dengarnya susah nak pregnant kalau banyak minum kopi....iyolah tu..
3) Jangan makan ubat dengan air SEJUK.
  • Ni ada betulnye jugak. Better amik ubat dengan air suam supaya penyerapan ubat tu lebih baik dan lebih cepat. Kalau amik dengan air sejuk...ubat lambat kesannya...
4) Jangan ambil makanan BERATselepas pukul 5pm.
  • Ni rasanya semua orang tau...kalau nak jaga berat badan kena elakkan la...student pun sama...better makan malam paling lewat kul 6pm sebab kalau amik makanan lewat sangat, badan jadi penat, malas n pelajaran nak masuk pun susah...ngantuk jerr...
5) Kurangkan makanan BERMINYAK dalam diet seharian.
  • Memang makanan berminyak tak baik untuk kesihatan...tapi dah memang makanan kat Malaysia macam tu...kari la, masak lemak...bal bla bla bla...sumernyer banyak minyak...kolesterol tuh......huhu
6) Minum banyak AIR waktu pagi/siang dan kurangkan pada waktu malam...
  • Yang dimaksudkan disini air kosong ye @ sky juice.Sebabnya waktu siang kita banyak aktiviti, so peluh keluar dan badan kita akan kurang air. Kita juga akan mudah letih bila badan kurang air. Waktu malam pulak kita cuma tidur je...peluh tak keluar. So , kena kurangkan minum air..minum banyak karang kencing malam pulak..haha...
7) Jangan guna headphone/earphone untuk masa yang LAMA .
  • Korang pernah tengok tak speaker radio bila kita bukak volume kuat-kuat...sampai bergegar-gegar...ha...macam tu la gegendang telinga kita...selalunya orang yang pakai earphone/ headphone memang suka bukak lagu kuat2...nak feel le konon...saya pun macam tu...haha...penggunaan earphone/headphone  dalam jangkamasa yang lama boleh sebabkan gegendang telinga koyak yang akhirnya buatkan kita tak dapat mendengar buat selama-lamanya...peringatan untuk diri sendiri, slowkan volume bila pakai earphone:)
8) Waktu tidur terbaik dari 10pm waktu malam hingga 6am waktu pagi.
  • Sebabnya waktu tidur yang berkualiti adalah dalam waktu ni (10pm ke 6am). Setengah jam waktu tidur sebelum tengah malam bersamaan dengan 2 jam waktu tidur selepas tengah malam...haa...sama juga dengan waktu siang, kalau kita tidur 1 jam siang, sama macam kita tidur 2 jam waktu malam...lagipun kalau tidur awal, leh bangun awal dan mandi awal. Mandi sebelum subuh ni elok sebab ikut kajian sains boleh lembutkan kulit, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko darah tinggi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan sel darah putih (Sel darah putih meningkat, jadi daya ketahanan badan pun meningkat dan tak mudah sakit)
9) Jangan terus baring selepas makan UBAT
  • Memang saya pun macam tu. Especially time demam. Lepas makan ubat terus baring...tak elok rupanya...sebabnya bila kita baring, ubat tu akan stick pada kita punya esophagus dan tak masuk terus ke perut. Ada sesetengah ubat tu yang sangat strong akan sebabkan ia meresap kedalam kita punya esophagus dan lama kelamaan akan sebabkan ia jadi ulcer...bahaya tu...untuk yang tak tau apa itu esophagus,.k ni saya terangkan...esophagus ni adalah saluran yang bawa makanan daripada tekak ke perut.
10) Bila bateri handphone dah tinggal  NYAWA-NYAWA IKAN, jangan jawab.
  • Tak payah jawab telefon sebabnya radiasi telefon 1000 kali lebih tinggi daripada biasa dan sangat luar biasa..Radiasi memang tak baik untuk kesihatan...boleh sebabkan kanser tu...
>>>Tip-tip ni sangat bagus...korang leh le amalkan....pe2 pun, mencegah lebih baik daripada mengubati...

3 comments:

  1. nice sharing... thanks for sharing ek... ^_^

    ReplyDelete
  2. Tapi kalau malam still boleh minum air bykkn

    ReplyDelete

hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)