Sunday, 10 March 2013

Apa nak jadi dengan dunia sekarang... Fitnah manjang...DUIT punya pasal...


KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.
“Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas.
“Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Bersatu Memerangi Jenayah’ di Kuchai Lama pada Sabtu.
Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu ‘konspirasi politik jahat’ untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sementara itu, di SERI MANJUNG, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata rakyat perlu adil dalam menilai kenyataan Mohd Saiful Bukhari dan dakwaan bapanya berkaitan pertuduhan liwat terhadap Anwar.
“Saya terkejut bapa dia tuduh macam-macam kerana Saiful yang jadi mangsa. Rakyat kena adil kepada orang yang mendakwa menjadi mangsa, bukannya hanya nak bercakap, memfitnah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Pasar Komuniti dan Karavan Daerah Manjung hari ini.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu meminta pembangkang tidak mengambil kesempatan memperguna Azlan dalam isu tersebut kerana bapa Mohd Saiful Bukhari mengaku tidak mengetahui apa yang berlaku.

“Dia hanya mendengar daripada perbicaraan, dan dia pernah merungut dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak berjumpa dengannya,” katanya.
Akhbar semalam melaporkan Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa beliau pernah diliwat Anwar, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya pertuduhan terhadap Anwar itu adalah satu fitnah.Mohd Saiful Bukhari berkata beliau percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu ‘pengkhianat negara’ berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul pula berkata kenyataan Azlan secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang mengejutkan. “Saya yakin rakyat tertanya-tanya mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan. Adakah ini cubaan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih besar berlaku di negara ini, iaitu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah?,” katanya.Beliau berkata beberapa pemimpin pembangkang turut mengeluarkan kenyataan tweet ‘kantoi’ kepada pihak kerajaan sebagai respons mereka untuk menyokong kenyataan Azlan.“Perlu diingat mungkin perkara ini akan berbalik kepada pembangkang juga apabila memainkan isu ini dengan niat untuk meraih sokongan rakyat,” katanya. -BERNAMA

Pelik Tapi Kreatif...Kek Sambut Orang Baru


Bagaimana dengan kek hari jadi ini? Tukang masak kini meraikan keajaiban hidup dengan membuat kek berupa bayi yang baru dilahirkan.Rekaan aneh itu kelihatan seolah-olah hidup termasuk bayi yang masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya.Eeeee....kalau saya takde le lalu nak makan kek macam ni...pelik-pelik dunia sekarang....

Kenal pasti lokasi jerawat PADA MUKA anda dan puncanya.

 

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10:Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14:Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


Sumber:NadiAyu Healthcare

Sunday, 3 March 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

JOM join segmen ni.. untuk tambah kenalan, eratkan silaturrahim dan untuk naikkan traffic ke blog.. meh kita follow memfollow jomm.. cara nak join segmen, cuma klik pada banner kat atas ni.. selamat berkenalan.. selamat bersegmen semua.. =)

Jumlah Follower Terkini :
38