Sunday, 22 December 2013

Happy 6th Anniversary for Myself and Husband...

Diam tak diam, dah 6 tahun rupanya...enam tahun lepas, pada tarikh ini 23rd December 2007, kami diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, jodoh kami kuat hingga ke hari ini. Dan hasil perkahwinan kami, dikurniakan dengan 3 cahaya mata yang comel dan sejuk mata memandang. Syukran...
Selamat menyambut Hari Ulangtahun buat suami tercinta Mohd Asry...moga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat..Amin...
Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Alhamdulilah....tercapai juga impian saya....

Memang dah azam saya nak memiliki rumah sebelum usia saya 30 tahun. Tapi apakan daya, Allah bagi rezeki lewat sedikit...Pasti ada hikmahnya..hehe..Rumah ni actually bukan baru pun. Tapi rumah "second hand" daripada sepasang owner chinese. Diaorang pun tak jual mahal rumah ni. Below market price. Mungkin dah rezeki kami kot.

Proses beli rumah "second hand" ni memang banyak cabaran. Kami sendiri terpaksa tunggu hampir setahun setengah untuk urusan pertukaran nama daripada nama owner kepada nama kami...rasa dah give up pun ada. Dah penat berulang ke pejabat peguam untuk follow up tentang proses pembelian rumah kami. Loan dah lama lulus, tapi ntah macamana, ada masalah semasa proses pertukaran nama. Sebabnya, rumah tu still atas nama pemaju atau dalam bahasa hartanahnya orang panggil "master title". So, kena tukar "master title" ke "individual tittle" then baru leh jual rumah tu.huhu...sedey...kena tunggu lagi...sabo je la...

Setelah memalui pelbagai rintangan..akhirnya selesai juga urusan pembelian rumah..tu pun beberapa hari setelah saya melahirkan anak ketiga...Ni memang rezeki anak kot. Alhamdulillah.
Tadaa...kat sini la rumah kami...Masa mula-mula pergi tengok rumah ni..hmm...punyalah la kotor. Mana taknya, owner beli rumah ni tapi tak pernah duduk. Maybe sebab kawasan ni banyak melayu kot. Kalau ada india pun cuma 3 family je kot. Yang lain semua melayu. Rumah ni pun dah hampir tujuh tahun takde penghuni. So nanti bila nak masuk, kena la buat kenduri bacaan doa selamat. Kot ada benda-benda halus ni...risau kat anak-anak je.hihihi...takut...

Apa yang saya suka tentang kawasan perumahan ni sebab memang 24 hour ada security jaga. Nak masuk kawasan perumahan ni pun bukan senang-senang je. So rasa selamat le sikit.Dan yang paling saya suka ialah, betul2 sebelah perumahan ni, ada sebuah masjid yang masih dalam pembinaan. Rumah dekat dengan masjid...saya suka...rasa insaf sikit...hehe..Apa-apa pun, saya dan suami bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi...Syukran jazilan...