Sunday, 22 December 2013

Happy 6th Anniversary for Myself and Husband...

Diam tak diam, dah 6 tahun rupanya...enam tahun lepas, pada tarikh ini 23rd December 2007, kami diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, jodoh kami kuat hingga ke hari ini. Dan hasil perkahwinan kami, dikurniakan dengan 3 cahaya mata yang comel dan sejuk mata memandang. Syukran...
Selamat menyambut Hari Ulangtahun buat suami tercinta Mohd Asry...moga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat..Amin...
Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

No comments:

Post a Comment

hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)