Saturday, 16 February 2013

PEMERIKSAAN KANDUNGAN

Proses mengandung adalah suatu perjalanan yang istimewa dalam proses menjadi seorang ibu. sepanjang tempoh kandungan iaitu 9 bulan sebelum bersalin, pemeriksaan berkala adalah penting untuk meramal, mencegah dan mengesan komplikasi pada ibu dan bayi dalam kandungan. Ianya adalah penting kerana 15% kandungan akan mengalami komplikasi yang memerlukan rawatan dan rundingan doktor.

Tanda-tanda mengandung termasuk:
1. Tidak datang haid
2. Payudara membengkak
3. Rasa loya dan muntah-muntah
4. Kerap membuang air kecil
5. Sakit belakang dan sakit pada tulang rusuk
6. Cepat letih

Biasanya, anda akan mula berjumpa doktor untuk pemeriksaan kehamilan selepas 12 minggu tidak datang haid. Lawatan pertama ini adalah penting untuk:
1. Pengesahan kandungan (bukan semua kes tidak datang haid disebabkan mengandung).
2. Menentukan sama ada bayi dalam kandungan masih bernyawa.
3. Menentukan usia kehamilan dan menganggar tarikh bersalin.
4. Menentukan masalah awal kandungan seperti masalah keguguran, kehamilan ektopik 

    (embrio menempel dan membesar di luar rahim)dan kandungan anggur (disebabkan 
    kandungan disenyawakan secara abnormal)

5 comments:

  1. first time dengar pasal kandungan anggur tu... ^_^ thanks for sharing sis... sangat2 berguna info ni...

    ReplyDelete
  2. terima kasih utk info nie ... arghh bilalh nk merasa

    ReplyDelete

hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)